Showing posts with label Military. Show all posts
Showing posts with label Military. Show all posts

ANTARA KEMUNGKINAN PESAWAT MH370 BUKAN DI DIEGO GARCIA

1. Ramai orang bertanya kepada saya jika kemungkinan pesawat mendarat di lapangan terbang Amerika Syarikat (AS) di kepulauan Diego Garcia, saya bagaimanapun berasa ia terlalu jauh untuk pesawat tersebut sampai.

2. Pulau itu memang boleh menampung pesawat sebenar MH370 kerana landasan pulau tersebut yang sepanjang lebih dari 2 kilometer mampu menampung pendaratan kapal terbang pengebom B-52 milik AS.
3. Satu lagi laporan yang saya dapat adalah, pesawat tersebut telah turun dari 30,000 kaki kepada 4,000 kaki, saya tidak tahu jika pesawat mengalami kerosakan atau memang sengaja dilakukan.
4. Untuk membuat andaian Kapten Zaharie Ahmad Shah terlibat dalam satu konspirasi yang besar, itu bukan tugas saya dan saya fikir tidak patutlah kita buat begitu selagi kotak hitam tidak ditemui.
5. Kapal terbang juga diberitahu terbang dalam keadaan kelajuan laju dan kemudian perlahan, jika pesawat terbang pada paras 4,000 kaki sudah tentu enjin terpaksa menggunakan kuasa yang banyak untuk mengekalkan ketinggian dan kestabilan pada paras tersebut iaitu tinggi di bawah Gunung Tahan yang mempunyai ketinggian 7,175 kaki.
6. Bagaimanapun saya tidak rasa pesawat terbabit terpaksa membuat penerbangan “Terrain Hugging” untuk mengelak dari radar.
7.Jika pesawat berjaya mengelak dari radar, sudah tentu ada satu kuasa lain yang mengetahui kedudukan-kedudukan dan kekuatan radar negara atau titik buta “blind spot” negara-negara seperti Indonesia, Thailand dan Malaysia.
8.Jika ketiga-tiga negara ini masih juga gagal mengesan sebuah pesawat yang terbang rendah, nyatalah “Secondary surveillance radar” milik negara-negara tersebut tidak diletakkan dalam lokasi yang sesuai kerana “Secondary radar” ini biasanya berjarak pendek.
9.Seseorang yang mempunyai maklumat ketenteraan dan kekuatan radar-radar ini sudah tentu boleh mengawal pesawat terbabit, ini tidak memerlukan konspirasi yang besar seperti penggunaan jammer dari kapal terbang “Awacs”.
10.Selepas mengambil kira keupayaan minyak pesawat MH370 itu, saya andaikan pesawat tersebut tidak akan pergi sejauh Kazastan, India, Diego Garcia dan sebagainya.
11.Paling kuat pesawat akan kehabisan minyak sekitar perbatasan Malaysia atau Thailand dan terhempas di sekitar kawasan berkenaan.
12.Ini bertepatan dengan perenggan 64 artikel saya sebelum ini.

A 6'th Generation Of Aircraft Fighter a Modern Stealth Advanced Technology 2017-2030

USA

A sixth generation jet fighter is a conceptual airplane expected to enter service in the United States Air Force and United States Navy in 2025–30 timeframeWith the Chinese Chengdu J-20 and the Russian-Indian Sukhoi PAK FA under development, the need for of a sixth generation fighter may be urgent for the US military.The USAF seeks new fighter for the 2030–50 period named the "Next Generation Tactical Aircraft"/"Next Gen TACAIR"The US Navy looks to replace its F/A-18E/F Super Hornets beginning in 2025 with the Next Generation Air Dominance air superiority fighter

Boeing FA-XX





















RUSSIA


The Sukhoi PAK FA,"Prospective Airborne Complex of Frontline Aviation") is a twin-engine jet fighter being developed by Sukhoi OKB for the Russian Air Force. The Sukhoi T-50 is the prototype for PAK FA.The PAK FA is one of only a handful of stealth jet programs globally.
The PAK FA, when fully developed, is intended to be the successor to the MiG-29 and Su-27 in the Russian inventory and serve as the basis of the Sukhoi/HAL FGFA being developed with India.A fifth generation jet fighter, the T-50 performed its first flight 29 January Its second flight was on 6 February and its third on 12 February 2010. As of 31 August 2010, it had made 17 flights and by mid-November, 40 in total. The second prototype was to start its flight test by the end of 2010, but this was delayed until March 2011


SU-PAK-FA





















REPUBLIC OF CHINA

The Chengdu J-20 (Jian-20),"Annihilator-Twenty") is a purported fifth-generation, stealth, twin-engine fighter aircraft prototype developed by Chengdu Aircraft Industry Group for the Chinese People's Liberation Army Air Force (PLAAF). In late 2010, the J-20 underwent high speed taxiing tests. The J-20 made its first flight on 11 January 2011.General He Weirong, Deputy Commander of the People's Liberation Army Air Force said in November 2009 that he expected the J-20 to be operational in 2017–2019


CHENG DU J-20




































Sukhoi Su-30MKM a malaysian new generation Aircraft

Sukhoi Su-30MKM merupakan sebuah pesawat tempur pelbagai peranan tercanggih generasi ke-4.5, terbitan daripada pesawat Su-30MKI buatan Rusia, yang berada dalam pegangan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM). Pesawat ini dioperasikan oleh Skuadron ke-11, Tentera Udara Diraja Malaysia yang berpangkalan di Pangkalan TUDM Gong Kedak, Pasir Puteh, Kelantan.Malaysia telah menandatangani kontrak bernilai AS$ 900 juta bagi pembelian 18 buah pesawat Su-30MKM pada 5 Ogos 2003. Dipercayai Rusia mula melatih 4 orang juruterbang dan 2 orang pegawai sistem senjata seawal tahun 2004. Pesawat Su-30MKM merupakan satu lagi variasi pesawat tempur pelbagai peranan yang dibangunkan berasaskan pesawat Sukhoi Su-30MKI, yang mana diubahsuai mengikut keperluan pelanggan dari segi system avioniknya. Sebagai contoh, sistem ECM buatan Israel yang dipasang pada pesawat Su-30MKI telah ditukar dengan sistem-sistem buatan Rusia dan Afrika Selatan. Dua buah pesawat pra-pengeluaran Su-30MKI (dengan nombor badan 04 dan 05) telah diubahsuai untuk dijadikan sebagai pesawat prototaip Su-30MKM bagi menguji integrasi sistem-sistem avionik baru. Su-30MKM dibina di kilang Irkutsk, Siberia dan dua buah pesawat pertama secara rasmi telah diserahkan kepada Tentera Udara Diraja Malaysia pada 24 Mei 2007.Pada 18 Jun, 2007, dua buah pesawat Su-30MKM (dengan nombor siri M52-01 dan M52-02) telah tiba di Pangkalan Tentera Udara Gong Kedak dengan menggunakan pesawat Antonov An-124-100. Dua buah pesawat kumpulan kedua diserahkan pada Julai/Ogos 2007. Pesawat Su-30MKM dengan nombor siri M52-04 telah dilihat berada Malaysia. Tiga juruterbang ujian Sukhoi berada di Malaysia menguji terbang pesawat ini dan melaksanakan program peralihan juruterbang TUDM. Program latihan peralihan mengambil masa selama 5 bulan yang bermula pada bulan Julai 2007. Sehingga Disember 2007, Malaysia telah menerima 6 buah pesawat Su-30MKM dan melatih enam orang anak kapal. Malaysia merancang untuk melatih 72 orang pegawai sebagai juruterbang dan pegawai sistem senjata bagi Su-30MKM. Latihan kemungkinan besar akan dibuat dengan kerjasama India. Kesemua pesawat Su-30MKM dijangka akan diserahkan sebelum akhir tahun 2008.
Pembelian Su-30MKM dibuat setelah ia berjaya mengalahkan saingan dari pesawat F/A-18E/F Super Hornet buatan Boeing. Walaupun Malaysia telah memilih untuk memperoleh pesawat Su-30MKM, pilihan untuk perolehan pesawat Super Hornet masih terbuka dengan kemungkinan Malaysia sekali lagi memilih untuk memiliki angkatan pesawat yang bercampur. Pilihan lain adalah kemungkinan Malaysia akan membuat perolehan tambahan ke atas pesawat Su-30MKM. Malaysia pada masa sekarang, memiliki angkatan pesawat yang bercampur-campur, contohnya pesawat MiG-29N Fulcrum dan F/A-18D Hornet. Pegawai-pegawai Tentera Udara Diraja Malaysia telah menafikan laporan awal yang menyatakan angkatan pesawat Su-30MKM akan mengantikan penggunaan pesawat MiG-29N Fulcrum, dan menegaskan bahawa pesawat MiG-29 akan terus digunakan sebagai pesawat pertahanan udara.










 
Aseng peace Blog © 2012 | Designed by LogosDatabase.com, in collaboration with Credit Card Machines, Corporate Headquarters and Motivational Quotes