Sukhoi Su-30MKM a malaysian new generation Aircraft

Sukhoi Su-30MKM merupakan sebuah pesawat tempur pelbagai peranan tercanggih generasi ke-4.5, terbitan daripada pesawat Su-30MKI buatan Rusia, yang berada dalam pegangan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM). Pesawat ini dioperasikan oleh Skuadron ke-11, Tentera Udara Diraja Malaysia yang berpangkalan di Pangkalan TUDM Gong Kedak, Pasir Puteh, Kelantan.Malaysia telah menandatangani kontrak bernilai AS$ 900 juta bagi pembelian 18 buah pesawat Su-30MKM pada 5 Ogos 2003. Dipercayai Rusia mula melatih 4 orang juruterbang dan 2 orang pegawai sistem senjata seawal tahun 2004. Pesawat Su-30MKM merupakan satu lagi variasi pesawat tempur pelbagai peranan yang dibangunkan berasaskan pesawat Sukhoi Su-30MKI, yang mana diubahsuai mengikut keperluan pelanggan dari segi system avioniknya. Sebagai contoh, sistem ECM buatan Israel yang dipasang pada pesawat Su-30MKI telah ditukar dengan sistem-sistem buatan Rusia dan Afrika Selatan. Dua buah pesawat pra-pengeluaran Su-30MKI (dengan nombor badan 04 dan 05) telah diubahsuai untuk dijadikan sebagai pesawat prototaip Su-30MKM bagi menguji integrasi sistem-sistem avionik baru. Su-30MKM dibina di kilang Irkutsk, Siberia dan dua buah pesawat pertama secara rasmi telah diserahkan kepada Tentera Udara Diraja Malaysia pada 24 Mei 2007.Pada 18 Jun, 2007, dua buah pesawat Su-30MKM (dengan nombor siri M52-01 dan M52-02) telah tiba di Pangkalan Tentera Udara Gong Kedak dengan menggunakan pesawat Antonov An-124-100. Dua buah pesawat kumpulan kedua diserahkan pada Julai/Ogos 2007. Pesawat Su-30MKM dengan nombor siri M52-04 telah dilihat berada Malaysia. Tiga juruterbang ujian Sukhoi berada di Malaysia menguji terbang pesawat ini dan melaksanakan program peralihan juruterbang TUDM. Program latihan peralihan mengambil masa selama 5 bulan yang bermula pada bulan Julai 2007. Sehingga Disember 2007, Malaysia telah menerima 6 buah pesawat Su-30MKM dan melatih enam orang anak kapal. Malaysia merancang untuk melatih 72 orang pegawai sebagai juruterbang dan pegawai sistem senjata bagi Su-30MKM. Latihan kemungkinan besar akan dibuat dengan kerjasama India. Kesemua pesawat Su-30MKM dijangka akan diserahkan sebelum akhir tahun 2008.
Pembelian Su-30MKM dibuat setelah ia berjaya mengalahkan saingan dari pesawat F/A-18E/F Super Hornet buatan Boeing. Walaupun Malaysia telah memilih untuk memperoleh pesawat Su-30MKM, pilihan untuk perolehan pesawat Super Hornet masih terbuka dengan kemungkinan Malaysia sekali lagi memilih untuk memiliki angkatan pesawat yang bercampur. Pilihan lain adalah kemungkinan Malaysia akan membuat perolehan tambahan ke atas pesawat Su-30MKM. Malaysia pada masa sekarang, memiliki angkatan pesawat yang bercampur-campur, contohnya pesawat MiG-29N Fulcrum dan F/A-18D Hornet. Pegawai-pegawai Tentera Udara Diraja Malaysia telah menafikan laporan awal yang menyatakan angkatan pesawat Su-30MKM akan mengantikan penggunaan pesawat MiG-29N Fulcrum, dan menegaskan bahawa pesawat MiG-29 akan terus digunakan sebagai pesawat pertahanan udara.










1 comment:

 
Aseng peace Blog © 2012 | Designed by LogosDatabase.com, in collaboration with Credit Card Machines, Corporate Headquarters and Motivational Quotes