Showing posts with label Malaysia. Show all posts
Showing posts with label Malaysia. Show all posts

ANTARA KEMUNGKINAN PESAWAT MH370 BUKAN DI DIEGO GARCIA

1. Ramai orang bertanya kepada saya jika kemungkinan pesawat mendarat di lapangan terbang Amerika Syarikat (AS) di kepulauan Diego Garcia, saya bagaimanapun berasa ia terlalu jauh untuk pesawat tersebut sampai.

2. Pulau itu memang boleh menampung pesawat sebenar MH370 kerana landasan pulau tersebut yang sepanjang lebih dari 2 kilometer mampu menampung pendaratan kapal terbang pengebom B-52 milik AS.
3. Satu lagi laporan yang saya dapat adalah, pesawat tersebut telah turun dari 30,000 kaki kepada 4,000 kaki, saya tidak tahu jika pesawat mengalami kerosakan atau memang sengaja dilakukan.
4. Untuk membuat andaian Kapten Zaharie Ahmad Shah terlibat dalam satu konspirasi yang besar, itu bukan tugas saya dan saya fikir tidak patutlah kita buat begitu selagi kotak hitam tidak ditemui.
5. Kapal terbang juga diberitahu terbang dalam keadaan kelajuan laju dan kemudian perlahan, jika pesawat terbang pada paras 4,000 kaki sudah tentu enjin terpaksa menggunakan kuasa yang banyak untuk mengekalkan ketinggian dan kestabilan pada paras tersebut iaitu tinggi di bawah Gunung Tahan yang mempunyai ketinggian 7,175 kaki.
6. Bagaimanapun saya tidak rasa pesawat terbabit terpaksa membuat penerbangan “Terrain Hugging” untuk mengelak dari radar.
7.Jika pesawat berjaya mengelak dari radar, sudah tentu ada satu kuasa lain yang mengetahui kedudukan-kedudukan dan kekuatan radar negara atau titik buta “blind spot” negara-negara seperti Indonesia, Thailand dan Malaysia.
8.Jika ketiga-tiga negara ini masih juga gagal mengesan sebuah pesawat yang terbang rendah, nyatalah “Secondary surveillance radar” milik negara-negara tersebut tidak diletakkan dalam lokasi yang sesuai kerana “Secondary radar” ini biasanya berjarak pendek.
9.Seseorang yang mempunyai maklumat ketenteraan dan kekuatan radar-radar ini sudah tentu boleh mengawal pesawat terbabit, ini tidak memerlukan konspirasi yang besar seperti penggunaan jammer dari kapal terbang “Awacs”.
10.Selepas mengambil kira keupayaan minyak pesawat MH370 itu, saya andaikan pesawat tersebut tidak akan pergi sejauh Kazastan, India, Diego Garcia dan sebagainya.
11.Paling kuat pesawat akan kehabisan minyak sekitar perbatasan Malaysia atau Thailand dan terhempas di sekitar kawasan berkenaan.
12.Ini bertepatan dengan perenggan 64 artikel saya sebelum ini.

Sukhoi Su-30MKM a malaysian new generation Aircraft

Sukhoi Su-30MKM merupakan sebuah pesawat tempur pelbagai peranan tercanggih generasi ke-4.5, terbitan daripada pesawat Su-30MKI buatan Rusia, yang berada dalam pegangan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM). Pesawat ini dioperasikan oleh Skuadron ke-11, Tentera Udara Diraja Malaysia yang berpangkalan di Pangkalan TUDM Gong Kedak, Pasir Puteh, Kelantan.Malaysia telah menandatangani kontrak bernilai AS$ 900 juta bagi pembelian 18 buah pesawat Su-30MKM pada 5 Ogos 2003. Dipercayai Rusia mula melatih 4 orang juruterbang dan 2 orang pegawai sistem senjata seawal tahun 2004. Pesawat Su-30MKM merupakan satu lagi variasi pesawat tempur pelbagai peranan yang dibangunkan berasaskan pesawat Sukhoi Su-30MKI, yang mana diubahsuai mengikut keperluan pelanggan dari segi system avioniknya. Sebagai contoh, sistem ECM buatan Israel yang dipasang pada pesawat Su-30MKI telah ditukar dengan sistem-sistem buatan Rusia dan Afrika Selatan. Dua buah pesawat pra-pengeluaran Su-30MKI (dengan nombor badan 04 dan 05) telah diubahsuai untuk dijadikan sebagai pesawat prototaip Su-30MKM bagi menguji integrasi sistem-sistem avionik baru. Su-30MKM dibina di kilang Irkutsk, Siberia dan dua buah pesawat pertama secara rasmi telah diserahkan kepada Tentera Udara Diraja Malaysia pada 24 Mei 2007.Pada 18 Jun, 2007, dua buah pesawat Su-30MKM (dengan nombor siri M52-01 dan M52-02) telah tiba di Pangkalan Tentera Udara Gong Kedak dengan menggunakan pesawat Antonov An-124-100. Dua buah pesawat kumpulan kedua diserahkan pada Julai/Ogos 2007. Pesawat Su-30MKM dengan nombor siri M52-04 telah dilihat berada Malaysia. Tiga juruterbang ujian Sukhoi berada di Malaysia menguji terbang pesawat ini dan melaksanakan program peralihan juruterbang TUDM. Program latihan peralihan mengambil masa selama 5 bulan yang bermula pada bulan Julai 2007. Sehingga Disember 2007, Malaysia telah menerima 6 buah pesawat Su-30MKM dan melatih enam orang anak kapal. Malaysia merancang untuk melatih 72 orang pegawai sebagai juruterbang dan pegawai sistem senjata bagi Su-30MKM. Latihan kemungkinan besar akan dibuat dengan kerjasama India. Kesemua pesawat Su-30MKM dijangka akan diserahkan sebelum akhir tahun 2008.
Pembelian Su-30MKM dibuat setelah ia berjaya mengalahkan saingan dari pesawat F/A-18E/F Super Hornet buatan Boeing. Walaupun Malaysia telah memilih untuk memperoleh pesawat Su-30MKM, pilihan untuk perolehan pesawat Super Hornet masih terbuka dengan kemungkinan Malaysia sekali lagi memilih untuk memiliki angkatan pesawat yang bercampur. Pilihan lain adalah kemungkinan Malaysia akan membuat perolehan tambahan ke atas pesawat Su-30MKM. Malaysia pada masa sekarang, memiliki angkatan pesawat yang bercampur-campur, contohnya pesawat MiG-29N Fulcrum dan F/A-18D Hornet. Pegawai-pegawai Tentera Udara Diraja Malaysia telah menafikan laporan awal yang menyatakan angkatan pesawat Su-30MKM akan mengantikan penggunaan pesawat MiG-29N Fulcrum, dan menegaskan bahawa pesawat MiG-29 akan terus digunakan sebagai pesawat pertahanan udara.










Kolej Yayasan sabah Menjadi kolej universiti sepenuhnya menjelang 2013

Setelah hampir 20 tahun ia ditubuhkan la kan (sebenarya 21 tahun dah)kolej yayasan sabah akan menjadi sebuah kolej universiti menjelang 2013 dan aku yang duduk kat sini pun tak dapat lah nak rasa keindahan berada di kolej universiti ne maklumlah dah nak dekat habis derk,,,,lau ada level 5 in it managment insyallah aku sambung..baikla kembali kepada topik asal


"Kolej Yayasan Sabah (KYS) adalah sebuah institusi Pengajian Tinggi Swasta yang ditubuhkan pada tahun 1990 dengan nama asalnya Institut Pembangunan Insan. Nama kolej kemudiannya telah diubah kepada Kolej Komuniti Yayasan Sabah (KKYS) pada 30 Julai 1994.
Pada 4 Januari 2002, Kolej Komuniti Yayasan Sabah telah ditukar namanya kepada Kolej Yayasan Sabah (KYS),
ditubuhkan sejajar dengan objektif utama Yayasan Sabah yang termaktub dalam Enakmen Yayasan Sabah No. 8 1966 Seksyen 3 iaitu memberi penekanan terhadap kemajuan pendidikan.
Berlandaskan objektif ini, KYS giat menjalankan program-program pendidikan yang berbentuk latihan kemahiran teknikal vokasional professional dan pengajian akademik selaras dengan keperluan
sumber manusia yang lebih berpengetahuan dan berkemahiran untuk meneraju Sabah ke arah menjadi sebahagian daripada negeri industri dan maju seperti yang dicerminkan dalam aspirasi Wawasan 2020"






Sandakan city

sandakan is the second-largest city in sabah, east Malaysia, on the north-eastern coast of Borneo. It is located on the east coast of the island and it is the administrative centre of sandakan division and was the former capital of British north borneo. Sandakan is known as the gateway for ecotourism destinations in Sabah, such as the sepilok orang hutan rehabilitation centre, the Rainforest Discovery Centre,turtle island park,kinabatangan river and gomantong caves.
The area is also infamous as the site of a world war 2 Japanese airfield, now known sandakan airport, which was built by the force labor of 6,000 Javanese civilians and allied prisoners of war. In 1945, the surviving Australian prisoners were sent on the sandakan death march; only 6 of them survived the war.

like sandakan travel now...click this link for more detail link












 
Aseng peace Blog © 2012 | Designed by LogosDatabase.com, in collaboration with Credit Card Machines, Corporate Headquarters and Motivational Quotes