ANTARA KEMUNGKINAN PESAWAT MH370 BUKAN DI DIEGO GARCIA

1. Ramai orang bertanya kepada saya jika kemungkinan pesawat mendarat di lapangan terbang Amerika Syarikat (AS) di kepulauan Diego Garcia, saya bagaimanapun berasa ia terlalu jauh untuk pesawat tersebut sampai.

2. Pulau itu memang boleh menampung pesawat sebenar MH370 kerana landasan pulau tersebut yang sepanjang lebih dari 2 kilometer mampu menampung pendaratan kapal terbang pengebom B-52 milik AS.
3. Satu lagi laporan yang saya dapat adalah, pesawat tersebut telah turun dari 30,000 kaki kepada 4,000 kaki, saya tidak tahu jika pesawat mengalami kerosakan atau memang sengaja dilakukan.
4. Untuk membuat andaian Kapten Zaharie Ahmad Shah terlibat dalam satu konspirasi yang besar, itu bukan tugas saya dan saya fikir tidak patutlah kita buat begitu selagi kotak hitam tidak ditemui.
5. Kapal terbang juga diberitahu terbang dalam keadaan kelajuan laju dan kemudian perlahan, jika pesawat terbang pada paras 4,000 kaki sudah tentu enjin terpaksa menggunakan kuasa yang banyak untuk mengekalkan ketinggian dan kestabilan pada paras tersebut iaitu tinggi di bawah Gunung Tahan yang mempunyai ketinggian 7,175 kaki.
6. Bagaimanapun saya tidak rasa pesawat terbabit terpaksa membuat penerbangan “Terrain Hugging” untuk mengelak dari radar.
7.Jika pesawat berjaya mengelak dari radar, sudah tentu ada satu kuasa lain yang mengetahui kedudukan-kedudukan dan kekuatan radar negara atau titik buta “blind spot” negara-negara seperti Indonesia, Thailand dan Malaysia.
8.Jika ketiga-tiga negara ini masih juga gagal mengesan sebuah pesawat yang terbang rendah, nyatalah “Secondary surveillance radar” milik negara-negara tersebut tidak diletakkan dalam lokasi yang sesuai kerana “Secondary radar” ini biasanya berjarak pendek.
9.Seseorang yang mempunyai maklumat ketenteraan dan kekuatan radar-radar ini sudah tentu boleh mengawal pesawat terbabit, ini tidak memerlukan konspirasi yang besar seperti penggunaan jammer dari kapal terbang “Awacs”.
10.Selepas mengambil kira keupayaan minyak pesawat MH370 itu, saya andaikan pesawat tersebut tidak akan pergi sejauh Kazastan, India, Diego Garcia dan sebagainya.
11.Paling kuat pesawat akan kehabisan minyak sekitar perbatasan Malaysia atau Thailand dan terhempas di sekitar kawasan berkenaan.
12.Ini bertepatan dengan perenggan 64 artikel saya sebelum ini.

Api Yang Terus Membakar Di Dasar Laut

Pada pertengahan tahun 1990-an, dua orang ahli geologi dari Rusia, Anatol Sbagovich dan Yuri Bagdanov bersama rakan saintis mereka dari Amerika Syarikat, Rona Clint telah menemui satu cahaya aneh yang muncul di dasar Lautan Atlantik.




Cahaya berwarna kemerah-merahan itu dilihat berada pada kedalaman 2,000 meter daripada aras laut dan ia telah menerangi suasana dasar lautan yang gelap gelita.
Fenomena luar biasa itu telah ditemui oleh pasukan penyelidik berkenaan ketika mereka sedang melakukan penelitian tentang kerak bumi disekitar laut berhampiran pantai Miami, Amerika Syarikat. Mereka menyatakan cahaya tersebut tidak statik, sebaliknya bergerak perlahan-lahan secara rawak.
Ketiga-tiga penyelidik itu kemudiannya menurunkan tahap kedalaman kapal selam mereka keparas 1750 meter bagi meninjau keadaan yang berlaku. Pada ketika itu, mereka telah dikejutkan dengan fenomena aliran air yang sangat panas mengalir dari arah rekahan batu. Aliran tersebut dikatakan seperti pancutan air geiser yang terdapat di daratan muka bumi.


Kemudian, aliran air panas berkenaan turut disertai dengan semburan lahar cair seperti api dan diikuti dengan debu gunung berapi yang kelihatan seperti asap kebakaran.
Mereka tidak dapat meneruskan pemerhatian ketika itu kerana suhu disekitar kawasan berkenaan telah menjadi terlalu tinggi sehingga mencapai skala 231 darjah selsius.


Kemudian pada tahun 2009, beberapa orang saintis telah bergabung untuk menghasilkan sebuah robot kapal selam bagi meninjau permukaan dasar lautan dalam. Berdasarkan rakaman video yang diambil robot berkenaan, saintis mendapati terdapat lingkaran cahaya aneh yang telah menerangi beberapa lokasi disekitar dasar laut itu.
Selepas kajian lanjut dilakukan, mereka mendapati cahaya itu merupakan api yang terhasil daripada aliran lahar gunung berapi dasar laut. Malah, robot berkenaan juga telah menjadi saksi kepada aktiviti letusan gunung berapi yang jaraknya 4,000 kaki dibawah permukaan Lautan Pasifik.


Fakta ini sebenarnya telah pun dinyatakan didalam Al-Quran 1400 tahun lalu. Firman Allah dalam surah Ath-Thur, ayat 6 yang bermaksud; “Dan demi laut yang didalam tanahnya ada api (masjur)”.
Fakta ini kemudiannya dipanjangkan lagi melalui hadis Rasulullah SAW, “Sesungguhnya dibawah lautan ada api dan dibawah api ada lautan”. -(Hadis riwayat Abu Daud, Al-Baihaqi dan Al-Hakim).

Sebelum ini, tiada siapa pernah melihat fenomena luar biasa seumpama itu berlaku. Kini buat pertama kalinya manusia dapat melihat lava mengalir di dasar laut menerusi penemuan sains.

-Bloggers-


CITIES XL 2012-City Link Program (CLIP)



Welcome to the "City Link Program (CLIP)"This program is designated to share my city to and other player city and make it playable to the other user,This project is open for participant for XLN communities or other Social media network, before installing any of these city you need to do a back up for your saved game and mod ,installing this program is own your risk,but don't worries all the files is definitely safe from virus and malware.


As the online feature that allow CXL player to communicate with the other city player has been shut down , i was come up with this idea,previously program already been launch on several PC and my friend doesn't encounter any problem during the installation.

However there is several rule that the participant need to follow, you're prohibited to re-publish the Cities with the same name, but you're still allowed to do any change to the cities and re-published it but with different name.


For more info go to this Page

Cara Nak Lajukan Broadband Digi,Maxis,Celcom dan U-Mobile melalui "comand prompt" Part 2

Kalau cara pertama x jadi juga korang try cara kedua

Cara Kedua

Step 1 : Klik window start dan type "cmd"




Step 2: Apabila tetingkap command prompt keluar paste ayat cinta ini hehe "ipconfig/all" x perlu jarak terus paste dan enter sesuatu seperti di bawah ini akan keluar





Step 3 :Lepas tu paste ayat ini pula "ping [jarak] IP ANDA [jarak] -t dan tekan enter tetingkap seperti dibawah akan keluar




Step 4:Akhir sekali korang cuma biarkan sahaja file command prompt tadi terbuka kalau korang nak offline tutup jer.




Nota : Keberkesanan bergantung pada jenis modem korang dan cara korang melakukan arahan di atas sama ada betul atau tidak,sekiranya korang menukar lokasi pengunaan pc atau notebook pastikan korang ulang semula step di atas kerana IP adress sentiasa berubah mengikut tempat.

Credit : Kredit pada AP sendiri dan korang sebab sudi mengunjungi blog saya dan juga pada semua blogger yang banyak mengeluarkan tajuk yang sama hehe...











Cara Nak Lajukan Broadband Digi,Maxis,Celcom dan U-Mobile melaui "coomand prompt" Part 1

Semua yang masuk dalam blog ne mesti tension kan? bab qouta dah habis lah,line lembab macam siput dan macam macam lagi.Tapi pada hari ini AP akan tolong anda selesaikan masalah korang,cara dia memang senang sahaja korang cuma perlu ikut arahan yang diberikan.Dah ramai dah blog yang buat title macam ne tapi banyak yang tidak berkesan hakikatnya trick ini masih lagi saya pakai dan masih laju buktinya macam kat bawah ne.








Qouta Bulanan saya adalah 3Gb sahaja mengunakan pakej Discovery (Malam line jadi lembab macam siput,siang line laju macam kuda hehe).Ok la tanpa membuang masa jom lihat bagaimana AP lajukan Brodband.


Cara pertama

Step 1: Korang mesti sambung broadband korang pada PC lepas tu connect macam biasa,sebelum itu korang check dulu IP address korang IP Saya ok korang dah klik kan?


Step 2 : Pergi ke dekstop korang dan open new text document paste text ini

"c:\windows\system32\ping [jarak] IP ANDA [jarak] -t"



Step 3 :Save semula text tadi sebagai "ping.bat" pastikan korang save text tadi ke dekstop semula.



Step 4 :Double click pada file "ping.bat" tadi ok..dan korang akan nampak satu tentingkap command promp pops up seperti di bawah,sekiranya korang dapat pemberitahuan seperti "request times out" itu bermakna ada step yang salah dan anda kena ulang semula



Step 5: Akhir sekali korang cuma biarkan sahaja file "ping.bat" tadi terbuka kalau korang nak offline tutup jer.


Nota : Keberkesanan bergantung pada jenis modem korang dan cara korang melakukan arahan di atas sama ada betul atau tidak,sekiranya korang menukar lokasi pengunaan pc atau notebook pastikan korang ulang semula step di atas kerana IP adress sentiasa berubah mengikut tempat.Kalau part 1 tak dapat cuba part 2 ok.

Credit : Kredit pada AP sendiri dan korang sebab sudi mengunjungi blog saya dan juga pada semua blogger yang banyak mengeluarkan tajuk yang sama hehe...

 
Aseng peace Blog © 2012 | Designed by LogosDatabase.com, in collaboration with Credit Card Machines, Corporate Headquarters and Motivational Quotes